Saturday 27 December 2014

YouTube




              Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.YouTube mengajak pengguna untuk menikmati pengalaman menonton video sebagai pengulas dan pencipta masa kini.

              Kebanyakan pendidik percaya bahawa usaha untuk membina kandungan merupakan satu latihan pembelajaran dan peralatan yang digunakan untuk membina kandungan video tersebut.Oleh kerana YouTube memudahkan hal ini ia berpotensi untuk mendedahkan pelajar kepada wawasan dan kemahiran yang baru, serta menghubungkan mereka kepada pelbagai komuniti dalam talian.
Sebagai aplikasi perisian sosial, YouTube menjadi sebahagian trend dalam kalangan pelajar Generasi Net untuk menggantikan pembelajaran pasif dengan penyertaan aktif, yang mana semua pelajar boleh menyuarakan pandangan, sesiapa pun boleh memberikan sumbangan. Nilainya tidak terletak pada kandungan itu sendiri, tetapi lebih kepada rangkaian pelajar yang bekerjasama membentuk kandungan tersebut dan menyokong antara satu sama lain dalam mencapai matlamat pelajaran.





  
              Video YouTube kategori pendidikan mengandungi cara belajar mengaji, mengira, membaca dan mengeja yang sesuai untuk golongan kanak-kanak yang baru belajar.Golongan remaja dan dewasa, terdapat video cara pengiraan matemati, proses kejadian manusia, ceramah agama, cara memasak dan sebagainya.YouTube bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan semata-mata malah memberi banyak pengajaran seperti video tsunami, dokumanteri yang digunakan oleh pelajar dan pendidik untuk pengajaran dan pembelajaran.

               Kesimpulannya...video YouTube juga sebagai satu pemangkin dan pemudah cara kepada pengajar dan pelajar untuk melakukan perbincangan dan analisis mengenai matapelajaran yang diajar di dalam kelas.Penggunaan video tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran  dapat merangsang minat pelajar untuk belajar kerana terdapat video bergambar dan mampu membuatkan pelajar mengingat dengan cepat dan berkesan disamping dapat menambah ilmu pengetahuan sedia ada pelajar.Tambahan lagi, hasil kerja pengajar dan pelajar boleh juga dihantar ke laman Web YouTube supaya penggunaan diseluruh dunia dapat menonton, membaca dan membuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang telah dihasilkan.

















              
















Maksud dan Kepentingan Creativ Common Lisense Dalam Laman Web.





http://mirrors.creativecommons.org/movingimages/webm/WannaWorkTogether_360p.webm

Pengertian :

“Creative Common membantumu mempublikasikan hasil karyamu secara online dan memberi peringatan orang lain apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan hasil karyamu. Dengan Creative Common License, kamu memegang hak cipta tetapi mengijinkan orang lain meng-copy dan mendistribusikan karyamu selama mereka memberikan credit dan hanya dengan syarat yang telah disebutkan” (www.ipietoon.com).
           
Ada 6 jenis lisensi Creative Commons ini yaitu :

  • Attribution (CC-BY)
  • Attribution Share Alike (CC-BY-SA)
  • Attribution No Derivatives (CC-BY-ND) (
  • Attribution Non-Commercial (CC-BY-NC)
  • Attribution Non-Commercial Share Alike (CC-BY-NC-SA)
  • Attribution Non-Commercial No Derivatives (CC-BY-NC-ND)

              Seperti versi saat ini, seluruh creative commons lisences mengijinkan “Hak” untuk membagikan kembali karya kita untuk tujuan non-komersial dengan tanpa modifikasi karya tersebut. Untuk Software, Creative Commons terdapat dalam 3 pilihan lisensi yaitu lisensi BSD, Lisensi Creative Commons (CC) GNU LGPL , dan Lisensi Creative Commons (CC) GNU GPL.
Creative Commons adalah sebuah organisasi non profit yang berkedudukan di San Fransisco, California, Amerika Serikat.

              Organisasi ini berkomitmen untuk memperluas batas-batas dunia kreatif sehingga bisa dengan legal untuk dapat saling berbagi. Organisasi ini telah merilis beberapa hak cipta lisensi yang dikenal dengan Creative Commons lisensi atau Lisensi Bersama atas dasar kreatifitas yang dapat tersedia dengan gratis untuk publik. Lisensi ini memperbolehkan pencipta untuk mengkomunikasikan hak mereka dengan syarat, dan dengan hak mereka untuk menghindarkan keuntungan penerima atau pencipta lain. Salah satu projek berbasis internet terkemuka yang menggunakan lisensi ini adalah wikipedia.Organisasi Creative Commons didirikan pada tahun 2001 dengan dukungan yang luar biasa dari seluruh masyarakat. Hak Cipta berbasiskan lisensi ini pertama kali dirilis pada December 2002.Organisasi ini memiliki visi berbunyi Invest in the future of creativity and knowledge.
Menurut kabar angin, pengusaha-pengusaha muda Bandung yang bergerak di bidang Distro akan mengajukan hak cipta berbasis Creative Commons License bagi setiap produk-produk kaos kreatif mereka.

              Lisensi hak cipta kami merupakan paduan desain "tiga lapisan" yang unik dan inovatif. Setiap lisensi dimulai dengan alat hukum tradisional, dalam bahasa dan format yang akrab dengan para ahli hukum. Kami menyebutnya sebagai lapisan Lisensi Lengkap dari setiap lisensi.Tapi karena kebanyakan pencipta, pendidik, dan ilmuwan bukanlah pengacara, kami juga membuat lisensi ini dalam bentuk yang lebih mudah - Lisensi Ringkas (bentuk ringkas dari lisensi). Lisensi Ringkas adalah panduan singkat untuk pemberi dan penerima lisensi, mengekspresikan beberapa istilah dan kondisi yang paling penting. Ini merupakan tampilan ramah pengguna dari Lisensi Lengkap di bawah, walau teks Lisensi Ringkas tidak memiliki kekuatan hukum, dan isinya tidak muncul pada Lisensi Lengkap.

            Lapisan akhir dari desain lisensi mengakui bahwa perangkat lunak, dari mesin pencari sampai dengan perangkat produktivitas kantor sampai dengan penggubah musik, memainkan peran besar dalam penciptaan, penyalinan, penemuan, dan distribusi ciptaan. Dalam rangka memudahkan Web untuk mengetahui kapan ciptaan tersebut tersedia di bawah lisensi Creative Commons, kami menyediakan versi lisensi yang "terbaca mesin" - ringkasan dari kebebasan dan kewajiban penting yang ditulis dalam bentuk yang dapat dibaca sistem perangkat lunak, mesin pencari, dan jenis teknologi lainnya. Kami mengembangkan sebuah cara standar untuk menggambarkan lisensi yang dapat mengerti oleh perangkat lisensi disebut CC Rights Expression Language (CC REL).

            Kemudahan pencarian konten terbuka adalah fungsi penting yang kami kembangkan. Anda dapat menggunakan Google untuk mencari konten Creative Commons, mencari gambar di Flickr, mencari album di Jamendo, dan mencari media secara umum di spinxpress. Wikimedia Commons, penyimpanan multimedia dari Wikipedia, adalah pengguna utama dari lisensi kami.

Secara bersama-sama, ketiga lapisan lisensi memastikan bahwa spektrum hak cipta bukanlah sekadar konsep hukum. Hal ini adalah sesuatu yang dapat dipahami oleh pencipta, pengguna ciptaan, dan bahkan oleh Web.


ARTIKEL 6

MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

Ayulis665@gmail.com
UTM space Skudai Johor Bahru

Pendahuluan :

             Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkanaplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. ICT telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi,sosial, pentadbiran dan pendidikan. Tidak dapat tidak, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa.Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu diselesaikan secara bersama.

             Tidak dinafikan, wujud masalah-masalah dalam pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun,kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasimasalah-masalah yang timbul.Masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza dengan generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapatguru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word!
Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut.

Masalah dan cabaran :

  • Kekurangan masa.
           Hal ini kerana,kadang-kadang seorang guru memerlukan masa yang khusus diluar waktu                      sekolah bagi membuat persediaan terhadap alat melibatkan penggunaan ICT kadang kala                    sedikit rumit.

  • Kekurangan Bahan Sumber.
           Alat atau kelengkapan untuk bantuan mengajar yang serba kekurangan,justeru itu guru                        menjadi kurang minat kepada penyediaan dan penggunaan ICT di sekolah.

  • Kekurangan panduan.
           Faktor ini juga,dengan kekurangan panduan alat canggih dan berteknologi menjadi beban dan              masalah kepada guru-guru yang kurang mahir dengan ICT.

  • Kurang sokongan dari pihak atas.
           Sikap sesetengah pihak atasan,yang tidak mengambil perhatian membuatkan guru-guru tidak              bersemangat untuk menggunakan kemahiran ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • Kekurangan latihan dan bantuan teknikal.
           Bagi sesetengah guru-guru yang tiada kemahiran,tidak perlu dipinggirkan oleh pihak-pihak                  yang bertanggungjawab untuk menyediakan latihan dan bantuan untuk menarik minat guru-                guru dalam menggunakan ICT di dalam bilik darjah.

  • Kekurangan Peralatan Komputer dan Peranti Perisian Komputer.
           Kekurangan peralatan komputer menyebabkan sukar untuk menyelesaikan masalah jika                      berlaku permasalahan terhadap komputer,begitu juga dengan perisian dan bahan-bahan                        pengajaran yang disediakan oleh pihak Kementerian.


         
Cara Mengatasi Masalah-Masalah Yang Wujud Kesan Dari ICT :

  • Mempertingkatkan latihan kepada kakitangan.
Ini adalah untuk menyediakan kakitangan mereka menghadapi perkembangan teknologi maklumat yang terkini. Sekiranya semua kakitangan telah diperlengkapkan dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya, sudah tentu masalah kehilangan tenaga pakar tidak berlaku andainya terjadi pertukaran kakitangan pada organisasi tersebut.

  •  Penerapan Nilai-nilai murni.
Jenayah kolar putih sering berlaku kerana kakitangan tidak mempunyai sikap jujur,amanah dan bersih. Penerapan nilai-nilai murni adalah wajar disarankan untuk diserapkan ke dalam jiwa dan sanubari kakitangan. Di samping itu, pihak pentadbir bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif segera dalam memahami dan mengatasi masalah yang dihadapi kakitangan mereka. Penyelewengan mungkin berlaku kerana tekanan emosi atau kesempitan wang. Oleh itu, kemungkinan kepincangan pada pihak pentadbiran mungkin boleh mengakibatkan berlakunya gejala negatif seperti ini. Sekiranya kebajikan pekerja.
  • Melahirkan graduan yang berkualiti.
Institusi Pengajian Tinggi serta institusi swasta juga memainkan peranan yang penting terhadap kekurangan tenaga mahir tempatan dalam bidang teknologi maklumat. Dengan adanya graduan yang berkualiti dan berkuantiti ini, maka masalah tenaga pakar dapat dimansuhkan. Graduan-graduan inilah yang akan menerajui teknologi komputer dimasa hadapan.
  • Pembuatan perbuatan komputer tempatan.
Pengeluaran peralatan teknologi dari tempatan juga adalah digalakkan. Dengan penghasilan produk ini secara tempatan, sudah tentu kos pembuatan dapat dikurangkan dan seterusnya kos peralatan juga dapat diturunkan sebanyak mungkin.
  • Peruntukan dari Kerajaan.
Untuk mengatasi masalah kurang kelengkapan dan peralatan komputer di sekolah-sekolah dan institusi pengajian, pihak kerajaan perlu campurtangan dengan memberikan peruntukan yang secukupnya untuk membolehkan organisasi terbabit melengkapkan institusi pengajian dengan kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi untuk semua pelajar.
  • Guru Tidak Terlalu bergantung kepada perisian.
Kurangnya interaksi antara guru dan pelajar juga sering dikaitkan dengan adanya teknologi komputer. Dalam hal ini, sebagai guru kita hendaklah bertindak dengan bijak. Sifat terlalu bergantung kepada perisian perlu dilenyapkan. Guru-guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan penunjukcara yang aktif. Dengan ini dapat merapatkan lagi hubungan guru dengan murid dan dapat memperbanyakkan interaksi dengan pelajar. Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih, pepatah lama perlu dipegang.

Kesimpulan :

           Tidak dinafikan perkembangan pesat teknologi maklumat khususnya komputer telah menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Namun begitu perkara ini masih boleh dibendung jika setiap individu mengambil tindakan yang serius untuk mengatasinya. Sekiranya langkah yang sesuai dan betul dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab, perkembangan pesat ini boleh memajukan sesebuah negara dan dunia amnya. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bergantung kepada usaha dan inisiatif kita untuk membendung masalah ini dan menggunakan teknologi komputer sebaik mungkin.

Rujukan :


  • Pendidikan. Kuala Lumpur : Siri Pendidikan Longman
  • Dewan Budaya, Ruang Siber dan Cabarannya , Edisi Julai, 1996
  • Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2002. Undang-undang Malaysia Akta 563 : Akta Jenayah Komputer 1997 (atas talian).








ARTIKEL 5




KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P


Ayulis665@gmail.com
UTM Space Skudai.Johor Bahru.

Pengenalan :

              Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah.Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.


            Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 
Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat.
Antara kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah seperti mana yang berikut:-
  • Mengubah Peringkat Membuat Keputusan.
  • Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran.
  • Mengubah Pengalaman Pembelajaran.
Statistik ini menunjukkan bahawa para guru mempunyai persepsi yang sangat positif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dengan berbantukan komputer. Statistik ini dapat dirumuskan seperti dalam jadual di bawah:-


Data yang ditunjukkan membuktikan bahawa persepsi guru terhadap pelaksanaan program ini amatlah baik dan galakan yang diberikan menunjukkan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar yang mengalami kesukaran dalam memahami pendidikan Bahasa.
             
             Walau bagaiamanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh lapan orang pengkaji iaitu Rosen dan Weil (1995), Winnans dan Brown (1992), Dupagne dan Krendl (1992) serta Hadley dan Sheingold (1993), walau begitu sekali canggihnya komputer, namun ia perlu dilengkapkan dengan pelbagai perisian yang berguna seperti “hardware” dan “software” yang dapat membantu guru meningkatkan kecekapan mereka dalam memaksimumkan proses memanipulasikan keupayaan komputer. Dengan ini, keyakinan guru meningkat dan mudah bagi mereka untuk mencurahkan pengalaman mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk bersedia menggunakan komputer.


              Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di samping itu, teknologi maklumat dan Internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti. Berikut merupakan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

Kesimpulan :

             Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan komputer pada peringkat pendidikan awal adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya, namun pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan kemahiran ini pada masa akan datang.Adalah menjadi tanggung jawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka daripada menuntut ilmu.

Rujukan :
  • Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999.
  • Rosseni Din. (2002). Kemahiran Komputer Guru Sains Dan Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
  • Baharudin Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Pasir Putih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu, 1-3 Ogos, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru.
  • www.ftem.ukm.my/programming/bengkelC/18-zamlinal

Artikel Ayul.......





Sunday 21 December 2014

JOM TONTON.....



Assalamualaikum....kekawan.....
Cam biasela....time free i malam baru leh tambah post....hihihi.
Kali nie Pn.Norah memberi tugasan yang enjoy untuk DPT space Utm...
Puas gak aku pikir....at last....inilah hasilnya.....
Korang masih ingat dengan iklan ini ????
Aku harap tugasan ini dapat memuaskan hati si pembaca blog aku....
Intipati yang dapat kita rumuskan dari tayangan video ini adalah.....

  • Syurga adalah dibawah tapak kaki ibu.
  • Dimana ada kesungguhan disitu ada jalan.
  • Pengorbanan kasih ibu tidak terbalas.
  • Bersatu teguh bercerai roboh.
Iklan ini penuh dengan maksud tersurat dan tersirat yang dapat kita jadikan pedoman hidup.
Sekian......




Rumusan Peranan ICT Dalam Penyebaran Dakwah Dalam Era Globalisasi.

DEFINASI

               Dakwah ialah rangkaian perkataan"dakwah islamiyyah"sebagai satu istilah khusus yang penting dalam penyebaran,pengembangan dan pemahaman islam sebagai al-din yang diamalkan dan diterima pakai. Berdasarkan pengertian tersebut,dakwah merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh segolongan manusia untuk menjalankan menyeru manusia ke arah mentaati Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Disamping menegah manusia dari melakukan kemungkaran dan kembali ke jalan yang benar.

HUKUM DAKWAH

  • Fardu Ain
  • Fardu Kifayah
RUKUN DAKWAH

  • Topik utama dakwah.
  • Para pendakwah.
  • Penerima dakwah.
  • Pendekatan dalam berdakwah.
              ICT bermaksud teknologi maklumat yang boleh disimpulkan sebagai satu proses pengaliran,penyebaran,pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.

KESAN ICT DALAM DAKWAH

i)Positif :

  • Mudah ,cepat dan berkesan.
  • Dapat dijalankan dengan efektif dan efisien.
  • Meningkatkan kualiti dakwah yang disampaikan.
  • Mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat islam seluruh dunia.
ii)Negatif :

  • Pengaruh budaya asing.
  • Menjejaskan kesihatan.
  • Kesahihan maklumat.
  • Pelayaran WEB negatif.
  • Jenayah Internet.
  • Penyebaran fitnah dan gossip.
  • Pemasalahan remaja.
  • Aktiviti perjudiaan.
  • Perubahan gaya hidup dan pencemaran bahasa.
  • menerapkan amalan kebendaan.
KESIMPULAN

          Seorang pendakwah haruslah kreatif dalam kepakaran dan ilmu yang cukup dalam mengeksploitasi ICT.Suatu gabungan yang kuat antara pakar-pakar muslim dalam pelbagai bidang dan organisasi islam yang berwibawa sangat diperlukan.
          Aspek iman menjadi fokus utama dalam menyampaikan dakwah dan menjadi asas terpenting dan mampu mengatasi segala cabaran yang akan dihadapi pada masa ini mahupun pada masa akan datang.Oleh itu dakwah secara etimologi bertepatan dengan terminologi iaitu"menggunakan akal fikiran dalam rangka menyelamatkan manusia dari rasa jauh dan lupa terhadap Allah S.W.T agar menjadi dekat dan ingat dengan berbagai cara,kaedah dan method.
         Pada hakikatnya cara,kaedah dan method untuk berdakwah itu sangat luas.Semua manusia mampu berdakwah selagi tidak bertentangan dengan syariat islam.
         Marilah kita mengikut jejak langkah idola junjungan kita Rasulullah S.A.W ....agar selamat dunia akhirat ....In Shaa Allah....

Friday 19 December 2014

Rumusan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web.

             
PENDAHULUAN.

           Penguasaan bahasa Arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran. Ini amat
penting kerana penghayatan al-Quran salah satu cara untuk memartabatkan diri seseorang dan
umahnya. Selain itu, penguasaan bahasa Arab juga dapat meningkatkan pencapaian dalam
pendidikan agama Islam khususnya dalam bahagian tilawah al-Quran.Menyedari hakikat inilah, pihak Kementerian PendidikanMalaysia telah memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Arab untuk sekolah rendah dantermasuk dalam komponen program J-QAF.

            Namun, perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi kini telah melahirkan
satu cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Usaha-usaha patut
dijalankan agar ia turut memanfaatkan revolusi teknologi tersebut yang sedang berlaku
dengan pesat agar pengajaran dan pembelajaran bahasa ini tetap menarik perhatian umum dan meluas dimata dunia.

Antara teori yang mendasari pembelajaran melalui laman web ialah teori Dick dan Carey
Teori ini berasaskan pendekatan 3
sistematik yang melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan
pengajaran yang bersesuaian.

Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut:
i.       Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi.
ii.      Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik.
iii.     Kanak-kanak sebagai pemikir.
iv.     Kanak-kanak adalah berpengetahuan.

 Objektif Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Laman Web
 adalah proses yang perlu diterapkan dalam Malaysia untuk :

  • Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Pembelajaran yang maksimum dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima.
  • Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran.
  • Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar.
  • Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.
  • Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.

RUMUSAN
       
         Kesimpulannya untuk menjayakan konsep Web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu konsep untuk persediaan bagi menyampaikan maklumat dan objektif tercapai.Namun begitu terdapat beberapa kelemahan dan masalah yang perlu kita hadapi sebagai pendidik dalam menjayakannya,iaitu

  1. Infrastruktur yang terbatas.
  2. Kemahiran yang terbatas.
  3. Isi kandungan perisian. 
        Maka semua pihak mestilah memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tekun untuk merealisasikan matlamat-matlamat yang telahdiputuskan. Kita tidak seharusnya gentar untuk meletakkan impian yang besar kerana ia akan
menjadi pemangkin kepada kita untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Kita
perlulah bersama-sama menggembelingkan seluruh daya usaha dan tenaga untuk menjadikan
matlamat memartabatkan bahasa al-Quran ini sebagai satu kenyataan. Dalam hal ini usahlah
kita gentar kepada kegagalan. Jadi kita tidak seharusnya berpuas hati dengan apa yang
dicapai selama ini. Kita mesti berusaha mencapai yang terbaik. Adalah lebih baik kita gagal
dalam usaha meneroka sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat daripada berdiam diri sahaja
kerana khuatir menemui kegagalan. Inilah sikap yang perlu kita sama-sama semai dalam
sanubari kita.
           In Shaa Allah,dimana ada usaha disitu ada jalan......Amin..!!!








Sunday 14 December 2014

Mutiara Hati....



Khas buat sang suami....



Khas buat sang isteri.....




Untuk permata hatimu.....



Wednesday 10 December 2014

Ayuliss



        Bismillahirrahmanirrahim.......bermula coretan ku malam ini...aku nak kongsi kisah antara aku dan dia.....dalam my blog.
Malam-malam cam nie jiwangla plak...tapi sebenarnya lumrah setiap insan...sapa tak jiwang dia tak kawin...hihihi.
       
        Aku mengenali si dia dari rakan karibku.....pertemuan pertama di belakang Masjid Tanjung Emas,Muar.Kami sebaya usia.......aku SMALQ kau SM Teknik....pada mulanya aku rasa selesa
bila bergaul dengannya berbanding rakan lelaki yang lain.

        Maybe......itu namanya jodoh dr Allah S.W.T....aku pernah kawan,abang angkat&terus terangkat......aku hormat dan tabik kat si dia yang sanggup mengharungi segala dugaan dan rintangan untuk terus bersamaku....huhuhu...klu laki-laki lain dah lama.....sebab x sanggup dengan
sikap kepala batu aku nie....

        Korang bayangkan 9 tahun si dia cukup mengenali aku dan keluargaku.....banyak ciri-ciri
si dia yang membuatkan aku tertarik dengannya.Yang pasti bila aku bersamanya aku rasa terselamat,terlindung dan......ntahla susah untuk aku perjelaskan.

        Dengan restu kedua orang tua kami....alhamdulillah....terbinalah istana cinta antara aku&dia.
Kini perkahwinan kami telah mencecah 10 tahun yang baru kami raikan pada 27 November 2014.
Putera dan puteri yang mewarnai hidup kami.......

Abang&Adik

          Ummi dan ayah...... sayang!abang dan adik......busyuk2...time cuti nie yang bosan sebab
anak2 aku kat kampung.Kalau anak2 kt kampung sunyi rumah nie....mereka sebagai penghibur untuk  orang tua kami dikampung.Semoga mereka dirahmati Allah.S.W.T

           Si dia terus menemani dan bersamaku selamanya.......semoga jalinan ikatan murni kita hingga ke jannah....Sayang...terima kasih kerana mencintaiku...
Dengarlah bintang hatiku...lagu kutujukan untukmu...SI DIA...
Mohd.Iskandar Bin Asmara.

Sekian,coretanku hari ini....terima kasih kerana membaca...
Selamat malam...kekawan!!!!



Tuesday 9 December 2014

Memoriku.....ceritaku....hanya utkmu.

As salam....u alls...

Malam nie aku dok sorang2 kt umah nie......huiiitttt!bosan...

Tapi sejak aku ada blog nie dpt gak aku luahkan idea aku yang x seberapa ini.

Inilah dikatakan ilmu Allah S.W.T yang luah untuk kita tuntuti.

Mybe...nasi nak tumpah ke mana....mak aku pun seorang penulis dan penceramah...yang biase2

jer....



Inilah dia sumber inspirasiku....Fatimah Binti Ismail....mak yang paling kusanjungi dan ku rindui.

Amacam!!!!post nie....dua orang beranak yang posing kt pelamin....hihihi.

Aku merupakan sorang puteri dari lima orang adik-beradik.



Korang nampak x.....ha...tu post keluarga aku tahun 2013 yang sudah....yang lain semuanya hero

aku dok sorang heroin...x pela...ade gak bunga penyeri keluarga nie...post nie masa kitaorang

berkumpul di Port Dickson.

Renungan kita bersama










السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat datang ke Blog sweet kali ini....

Senyum umpama suria dalam kehidupan

senyumlah dari hati duniaku berseri......

korang ingat tak lagu zaman kecil-keci dulu.









Ooooppppssss..........

Elakkan diri dari sifat-sifat mazmumah!!!

Marilah kita amalkan sifat-sifat mahmudah.

In Shaa Allah bahagia dunia&akhirat.




Saturday 6 December 2014

Pengalaman Pertama Di UTM.....

Assalamualaikum....dan Salam Sabtu...
untuk sahabat handai.......
Ceritaku hari ini ialah pengalaman manis aku di UTM.skudai.
Sampai-sampai aku di masjid....
Lihat je...keadaan bangunan yang besar-besar...aku jadi takut sebab tak jumpa kelas pertama yang aku hendak ikuti.....
DPT 1023 yang dipimpin oleh Puan.Norah Binti Md Noor.
Aku bertemu rakan kelas yang sama tercari-cari....namanya adik syura.....
Akhirnya aku redah dan tanya kepada sesiapa yang ku lihat.
Baru ku temui blokC14 aras 4...
dan terus masuk kelas perasaan yang malu kerana masuk kelas lambat.
Alhamdulillah....Puan.Norah yang memahami dan spoting kepada pelajarnya.
Aku rasa seronok dan semangat berkobar-kobar untuk menimba ilmu hingga ke menara gading,
In sha Allah.........



Friday 5 December 2014

Personal Diriku.....




Assalamualaikum.........
ahlan wasahlan....ya habibi....
Daku diberi nama Nurul'Ain Binti Ab.Rahim.
Nama panggilanku....Ayul...hihihi
Aku dilahirkan ke dunia pada 7 mei 1980 hari rabu....
Aku adalah anak kelahiran Muar....

Dilahirkan dan dididik penuh oleh insan yg bergelar seorang ibu...
Fatimah Binti Ismail dan dibesarkan oleh seorang ayah yang bergelar Ab.Rahim.
Aku telah dicetak dengan akhlak islamic dan telah bergelar seorang isteri,ummi dan ustazah.
Alhamdulillah.....aku kini bertugas di Sekolah Agama Taman Perling 2.

Berkat rezeki yang halal....aku telah dijodohkan oleh Allah S.W.T dengan seorang suami
yang bernama Mohd Iskandar Bin Asmara.....
Sehidupan ku dengan insan ini maka aku melahirkan generasinya dua orang putera dan puteri.
Puteraku Muhammad Luqman kini berusia 9 tahun,puteriku Nur Iman yang kini berusia 5 tahun.
Kami telah menetap di Johor Bahru selama 7 tahun....yang beralamat di No.2 Jalan Seri Orkid 47
Taman Seri Orkid.Skudai.....

Inilah serba sedikit cerita hidupku....saje untuk perkongsian kita bersama....
Sekian...Ma'as salamah....