Saturday 27 December 2014

ARTIKEL 5




KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P


Ayulis665@gmail.com
UTM Space Skudai.Johor Bahru.

Pengenalan :

              Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah.Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.


            Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 
Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat.
Antara kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah seperti mana yang berikut:-
  • Mengubah Peringkat Membuat Keputusan.
  • Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran.
  • Mengubah Pengalaman Pembelajaran.
Statistik ini menunjukkan bahawa para guru mempunyai persepsi yang sangat positif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dengan berbantukan komputer. Statistik ini dapat dirumuskan seperti dalam jadual di bawah:-


Data yang ditunjukkan membuktikan bahawa persepsi guru terhadap pelaksanaan program ini amatlah baik dan galakan yang diberikan menunjukkan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar yang mengalami kesukaran dalam memahami pendidikan Bahasa.
             
             Walau bagaiamanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh lapan orang pengkaji iaitu Rosen dan Weil (1995), Winnans dan Brown (1992), Dupagne dan Krendl (1992) serta Hadley dan Sheingold (1993), walau begitu sekali canggihnya komputer, namun ia perlu dilengkapkan dengan pelbagai perisian yang berguna seperti “hardware” dan “software” yang dapat membantu guru meningkatkan kecekapan mereka dalam memaksimumkan proses memanipulasikan keupayaan komputer. Dengan ini, keyakinan guru meningkat dan mudah bagi mereka untuk mencurahkan pengalaman mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk bersedia menggunakan komputer.


              Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di samping itu, teknologi maklumat dan Internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti. Berikut merupakan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

Kesimpulan :

             Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan komputer pada peringkat pendidikan awal adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya, namun pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan kemahiran ini pada masa akan datang.Adalah menjadi tanggung jawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka daripada menuntut ilmu.

Rujukan :
  • Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999.
  • Rosseni Din. (2002). Kemahiran Komputer Guru Sains Dan Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
  • Baharudin Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Pasir Putih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu, 1-3 Ogos, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru.
  • www.ftem.ukm.my/programming/bengkelC/18-zamlinal

Artikel Ayul.......





No comments:

Post a Comment