Saturday 27 December 2014

YouTube




              Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.YouTube mengajak pengguna untuk menikmati pengalaman menonton video sebagai pengulas dan pencipta masa kini.

              Kebanyakan pendidik percaya bahawa usaha untuk membina kandungan merupakan satu latihan pembelajaran dan peralatan yang digunakan untuk membina kandungan video tersebut.Oleh kerana YouTube memudahkan hal ini ia berpotensi untuk mendedahkan pelajar kepada wawasan dan kemahiran yang baru, serta menghubungkan mereka kepada pelbagai komuniti dalam talian.
Sebagai aplikasi perisian sosial, YouTube menjadi sebahagian trend dalam kalangan pelajar Generasi Net untuk menggantikan pembelajaran pasif dengan penyertaan aktif, yang mana semua pelajar boleh menyuarakan pandangan, sesiapa pun boleh memberikan sumbangan. Nilainya tidak terletak pada kandungan itu sendiri, tetapi lebih kepada rangkaian pelajar yang bekerjasama membentuk kandungan tersebut dan menyokong antara satu sama lain dalam mencapai matlamat pelajaran.





  
              Video YouTube kategori pendidikan mengandungi cara belajar mengaji, mengira, membaca dan mengeja yang sesuai untuk golongan kanak-kanak yang baru belajar.Golongan remaja dan dewasa, terdapat video cara pengiraan matemati, proses kejadian manusia, ceramah agama, cara memasak dan sebagainya.YouTube bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan semata-mata malah memberi banyak pengajaran seperti video tsunami, dokumanteri yang digunakan oleh pelajar dan pendidik untuk pengajaran dan pembelajaran.

               Kesimpulannya...video YouTube juga sebagai satu pemangkin dan pemudah cara kepada pengajar dan pelajar untuk melakukan perbincangan dan analisis mengenai matapelajaran yang diajar di dalam kelas.Penggunaan video tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran  dapat merangsang minat pelajar untuk belajar kerana terdapat video bergambar dan mampu membuatkan pelajar mengingat dengan cepat dan berkesan disamping dapat menambah ilmu pengetahuan sedia ada pelajar.Tambahan lagi, hasil kerja pengajar dan pelajar boleh juga dihantar ke laman Web YouTube supaya penggunaan diseluruh dunia dapat menonton, membaca dan membuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang telah dihasilkan.

















              
















No comments:

Post a Comment