Friday, 19 December 2014

Rumusan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web.

             
PENDAHULUAN.

           Penguasaan bahasa Arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran. Ini amat
penting kerana penghayatan al-Quran salah satu cara untuk memartabatkan diri seseorang dan
umahnya. Selain itu, penguasaan bahasa Arab juga dapat meningkatkan pencapaian dalam
pendidikan agama Islam khususnya dalam bahagian tilawah al-Quran.Menyedari hakikat inilah, pihak Kementerian PendidikanMalaysia telah memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Arab untuk sekolah rendah dantermasuk dalam komponen program J-QAF.

            Namun, perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi kini telah melahirkan
satu cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Usaha-usaha patut
dijalankan agar ia turut memanfaatkan revolusi teknologi tersebut yang sedang berlaku
dengan pesat agar pengajaran dan pembelajaran bahasa ini tetap menarik perhatian umum dan meluas dimata dunia.

Antara teori yang mendasari pembelajaran melalui laman web ialah teori Dick dan Carey
Teori ini berasaskan pendekatan 3
sistematik yang melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan
pengajaran yang bersesuaian.

Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut:
i.       Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi.
ii.      Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik.
iii.     Kanak-kanak sebagai pemikir.
iv.     Kanak-kanak adalah berpengetahuan.

 Objektif Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Laman Web
 adalah proses yang perlu diterapkan dalam Malaysia untuk :

  • Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Pembelajaran yang maksimum dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima.
  • Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran.
  • Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar.
  • Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.
  • Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.

RUMUSAN
       
         Kesimpulannya untuk menjayakan konsep Web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu konsep untuk persediaan bagi menyampaikan maklumat dan objektif tercapai.Namun begitu terdapat beberapa kelemahan dan masalah yang perlu kita hadapi sebagai pendidik dalam menjayakannya,iaitu

  1. Infrastruktur yang terbatas.
  2. Kemahiran yang terbatas.
  3. Isi kandungan perisian. 
        Maka semua pihak mestilah memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tekun untuk merealisasikan matlamat-matlamat yang telahdiputuskan. Kita tidak seharusnya gentar untuk meletakkan impian yang besar kerana ia akan
menjadi pemangkin kepada kita untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Kita
perlulah bersama-sama menggembelingkan seluruh daya usaha dan tenaga untuk menjadikan
matlamat memartabatkan bahasa al-Quran ini sebagai satu kenyataan. Dalam hal ini usahlah
kita gentar kepada kegagalan. Jadi kita tidak seharusnya berpuas hati dengan apa yang
dicapai selama ini. Kita mesti berusaha mencapai yang terbaik. Adalah lebih baik kita gagal
dalam usaha meneroka sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat daripada berdiam diri sahaja
kerana khuatir menemui kegagalan. Inilah sikap yang perlu kita sama-sama semai dalam
sanubari kita.
           In Shaa Allah,dimana ada usaha disitu ada jalan......Amin..!!!








No comments:

Post a Comment