Saturday, 27 December 2014

ARTIKEL 6

MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

Ayulis665@gmail.com
UTM space Skudai Johor Bahru

Pendahuluan :

             Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkanaplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. ICT telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi,sosial, pentadbiran dan pendidikan. Tidak dapat tidak, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa.Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu diselesaikan secara bersama.

             Tidak dinafikan, wujud masalah-masalah dalam pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun,kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasimasalah-masalah yang timbul.Masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza dengan generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapatguru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word!
Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut.

Masalah dan cabaran :

  • Kekurangan masa.
           Hal ini kerana,kadang-kadang seorang guru memerlukan masa yang khusus diluar waktu                      sekolah bagi membuat persediaan terhadap alat melibatkan penggunaan ICT kadang kala                    sedikit rumit.

  • Kekurangan Bahan Sumber.
           Alat atau kelengkapan untuk bantuan mengajar yang serba kekurangan,justeru itu guru                        menjadi kurang minat kepada penyediaan dan penggunaan ICT di sekolah.

  • Kekurangan panduan.
           Faktor ini juga,dengan kekurangan panduan alat canggih dan berteknologi menjadi beban dan              masalah kepada guru-guru yang kurang mahir dengan ICT.

  • Kurang sokongan dari pihak atas.
           Sikap sesetengah pihak atasan,yang tidak mengambil perhatian membuatkan guru-guru tidak              bersemangat untuk menggunakan kemahiran ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • Kekurangan latihan dan bantuan teknikal.
           Bagi sesetengah guru-guru yang tiada kemahiran,tidak perlu dipinggirkan oleh pihak-pihak                  yang bertanggungjawab untuk menyediakan latihan dan bantuan untuk menarik minat guru-                guru dalam menggunakan ICT di dalam bilik darjah.

  • Kekurangan Peralatan Komputer dan Peranti Perisian Komputer.
           Kekurangan peralatan komputer menyebabkan sukar untuk menyelesaikan masalah jika                      berlaku permasalahan terhadap komputer,begitu juga dengan perisian dan bahan-bahan                        pengajaran yang disediakan oleh pihak Kementerian.


         
Cara Mengatasi Masalah-Masalah Yang Wujud Kesan Dari ICT :

  • Mempertingkatkan latihan kepada kakitangan.
Ini adalah untuk menyediakan kakitangan mereka menghadapi perkembangan teknologi maklumat yang terkini. Sekiranya semua kakitangan telah diperlengkapkan dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya, sudah tentu masalah kehilangan tenaga pakar tidak berlaku andainya terjadi pertukaran kakitangan pada organisasi tersebut.

  •  Penerapan Nilai-nilai murni.
Jenayah kolar putih sering berlaku kerana kakitangan tidak mempunyai sikap jujur,amanah dan bersih. Penerapan nilai-nilai murni adalah wajar disarankan untuk diserapkan ke dalam jiwa dan sanubari kakitangan. Di samping itu, pihak pentadbir bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif segera dalam memahami dan mengatasi masalah yang dihadapi kakitangan mereka. Penyelewengan mungkin berlaku kerana tekanan emosi atau kesempitan wang. Oleh itu, kemungkinan kepincangan pada pihak pentadbiran mungkin boleh mengakibatkan berlakunya gejala negatif seperti ini. Sekiranya kebajikan pekerja.
  • Melahirkan graduan yang berkualiti.
Institusi Pengajian Tinggi serta institusi swasta juga memainkan peranan yang penting terhadap kekurangan tenaga mahir tempatan dalam bidang teknologi maklumat. Dengan adanya graduan yang berkualiti dan berkuantiti ini, maka masalah tenaga pakar dapat dimansuhkan. Graduan-graduan inilah yang akan menerajui teknologi komputer dimasa hadapan.
  • Pembuatan perbuatan komputer tempatan.
Pengeluaran peralatan teknologi dari tempatan juga adalah digalakkan. Dengan penghasilan produk ini secara tempatan, sudah tentu kos pembuatan dapat dikurangkan dan seterusnya kos peralatan juga dapat diturunkan sebanyak mungkin.
  • Peruntukan dari Kerajaan.
Untuk mengatasi masalah kurang kelengkapan dan peralatan komputer di sekolah-sekolah dan institusi pengajian, pihak kerajaan perlu campurtangan dengan memberikan peruntukan yang secukupnya untuk membolehkan organisasi terbabit melengkapkan institusi pengajian dengan kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi untuk semua pelajar.
  • Guru Tidak Terlalu bergantung kepada perisian.
Kurangnya interaksi antara guru dan pelajar juga sering dikaitkan dengan adanya teknologi komputer. Dalam hal ini, sebagai guru kita hendaklah bertindak dengan bijak. Sifat terlalu bergantung kepada perisian perlu dilenyapkan. Guru-guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan penunjukcara yang aktif. Dengan ini dapat merapatkan lagi hubungan guru dengan murid dan dapat memperbanyakkan interaksi dengan pelajar. Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih, pepatah lama perlu dipegang.

Kesimpulan :

           Tidak dinafikan perkembangan pesat teknologi maklumat khususnya komputer telah menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Namun begitu perkara ini masih boleh dibendung jika setiap individu mengambil tindakan yang serius untuk mengatasinya. Sekiranya langkah yang sesuai dan betul dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab, perkembangan pesat ini boleh memajukan sesebuah negara dan dunia amnya. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bergantung kepada usaha dan inisiatif kita untuk membendung masalah ini dan menggunakan teknologi komputer sebaik mungkin.

Rujukan :


  • Pendidikan. Kuala Lumpur : Siri Pendidikan Longman
  • Dewan Budaya, Ruang Siber dan Cabarannya , Edisi Julai, 1996
  • Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2002. Undang-undang Malaysia Akta 563 : Akta Jenayah Komputer 1997 (atas talian).








No comments:

Post a Comment